![]() |
RAJA BUAH: Juki yang menjual buah durian kegemaran ramai dari Pasir Pandak |
KUCHING: Durian tempatan khasnya dari Pasir Pandak menjadi pilihan peniaga raja buah itu, yang mampu mencecah puluhan ringgit sebiji bergantung kepada saiznya.
Malah, ia bukan sahaja berkualiti tetapi dikatakan mempunyai isi yang lebih enak berbanding tempat lain menjadikan durian dari Pasir Pandak antara durian tempatan paling tinggi harganya setiap kali musim durian.
Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati rata-rata peniaga mendapatkan bekalan durian dari Pasir Pandak.
Salah seorang daripadanya yang hanya dikenali Juki berkata, setiap kali menjelang musim durian dia pasti akan mendapatkan durian Pasir Pandak.
“Memang setiap kali musim durian bermula, saya akan mendapatkan bekalan dari Pasir Pandak sebab buahnya yang amat bagus dan berkua-liti kalau kita bandingkan dengan tempat lain.
“Saya kadangkala menjual hingga 300 biji durian dalam satu hari dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Peniaga berusia 32 tahun itu berkata, dia akan menjual RM45 hingga RM15 sebiji bergantung kepada saiz buah.
Katanya yang telah berniaga buah berkenaan sejak 13 tahun lalu, harga durian tinggi terutamanya pada awal musim raja buah itu.
“Pada awal musim durian memang harga tinggi, namun selepas pertengahan dan hujung ia akan turun dan kita jual dengan harga rendah kerana buah terlalu banyak,” jelasnya sambil menambah dia akan berniaga dari pagi hingga 7 malam.
Juki menjelaskan, kebia-saannya mereka menerima pelanggan yang ramai pada hujung minggu dan waktu cuti.
Dia memberitahu, mereka bukan sahaja menerima pembeli tempatan tetapi dari Semenanjung Malaysia dan luar negara seperti Korea dan Jepun.
Seperti Juki, seorang lagi peniaga, Ibrahim, 50, menyatakan dia turut mendapatkan durian dari Pasir Pandak untuk dijual.
Baginya durian berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai berbanding durian tempatan lain.
“Selalunya kita tetapkan harga durian ini meng-ikut tempat iaitu dari Pasir Pandak memang lebih tinggi iaitu berpuluh ringgit sebiji bergantung kepada saiznya.
“Selain durian Pasir Pandak, kita juga turut ambil bekalan daripada kawasan Serian yang juga turut men-dapat sambutan,” katanya.
Dia menjelaskan, harga itu akan tinggi apabila musimnya baharu sahaja bermula tetapi akan turun pada penghujung musim.
“Apabila sudah pertengahan atau penghujung musim, kita akan meletakkan harga rendah iaitu sehingga RM8 sebiji kerana buah sudah terlalu banyak berbanding pada awal,” ujarnya.
Ibrahim yang berniaga sejak empat tahun lalu turut memberitahu dia juga mendapat sambutan memberangsangkan daripada pembeli.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/09/01/durian-pasir-pandak-pilihan-ramai/#ixzz25Lzl2JBI