![]() |
Hong Kong Airport 16/12/14 |
Di bawah ini diperturunkan tip-tip melancung ke luar negara:
Sebelum berangkat
1. Buat Tukaran duit dengan Money Changer kerana rates outlet-outlet di airport tidak memihak kepada pelangan. begiti juga rates di negara destinasi.
2. Browse di internat mengenbai 'dos and donts' tentang sesebuah negara yang hendak dituju
3. Bawa pakaian yang sesuai - misalan baju tebal untuk musim sejuk
4. Bawa makanan kering dan me paket jika destinasi ialah negara bukan Islam
5. MESTI beli kunci untuk beg luggage
6. Pastikan JARAK penerbangan bersambung dengan syarikat penerbangan yang berbeza disekitar minima 4 jam. Ada beberapa kemungkinan akan terjadi seperti terminal yang berlainan lagi jauh seperti di Jakarta, Penerbangan pertama yang delay, Keciciran luggage, sesat di airport dsb.
7. Booking Hotel yang berdekatan masjid kerana ada unsur makanan halal dan masyarakat islam. Jangan pilih hotel yang TERLALU MURAH kerana gambar yang ada dalam internet tidak sehebat seperti yang sebenar.
Semasa Berangkat:
8. PASTIKAN Beg luggage berkunci - kita bukan hanya takut dicuri tapi dimasukkan barangan terlarang
9. Jangan bawa BEG atau PESANAN ORANG LAIN kerana isi beg itu mungkin akan memfitnah atau meranapkan hidup kita. Walaupun kawan paling rapat kerana apabila kita terkena kawan sudah hilang dan kita yang jadi mangsa bertaung nyawa. Rujuk: Terperangkap oleh rakan atau seperti yang dicut & paste ini
10. Taxi- beli teksi yang berkoupun walaupun mahal. Jika memilih 'ulat teksi' besar kemungkinan kita akan ditipu. Di Jakarta, pastikan menaiki Bluebird sahaja.
11. Charger, Adaptor, plug: sediakan plug yang jenis antarabangsa iaitu 2 pin
12. Passport: Mesti sentiasa berada bersama kemana jua pergi. Sediakan beg bimbit yang sesuai
11. lain-lain: Lips Balm, Cap, Sejadah, Kopas Kiblat, Makanan & bekas,