Firman Allah SWT: "Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak / berkelompok-kelompok (ke Padang Mahsyar)"; (An-Naba' 78:18)
Diriwayatkan pada satu hari, Mu'az bin Jabal bertanya Rasulullah SAW maksud firman Allah SWT dalam Surah An-Naba' di atas. Katanya; "Ya Rasulullah! apakah maksud ayat ini?"
Sebaik sahaja mendengar soalan itu, Rasulullah SAW menangis kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda dan baginda menjawab:
"Wahai Mu'az, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Umatku kelak apabila bangkit daripada kubur akan menjadi 12 golongan. 11 golongan akan masuk neraka dan hanya 1 golongan yang akan masuk syurga.
Adapun 11 golongan yang celaka itu adalah seperti berikut:
1) Dibangkitkan dalam keadaan tidak mempunyai kaki dan tangan. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka menyakiti jiran tetangga.
2) Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dan suka melengah-lengahkan solatnya
3) Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar seperti gunung dalamnya dipenuhi ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4) Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana menipu dalam perniagaan.
5) Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
6) Dibangkitkan dalam keadaaan leher terputus kerana ketika didunia selalu memberi kesaksian palsu
7) Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia
8) Dibangkitkan dalam keadaan terbalik, kepala di bawah, sedangkan kedua-dua kakinya di atas dan farajnya mengeluarkan nanah kerana ketika hidup, golongan itu suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9) Dibangkitkan dalam keadaan berwajah hitam bermata biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka makan harta anak yatim secara zalim
10) Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua
11) Dibangkitkan dalam kedaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnnya, mereka gemar minum arak.
SATU golongan yang selamat:
Golongan ini ialah mereka yang berada dalam kelompok ke 12.
"Mereka dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi 'sirat' (titian) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktu dan sempat bertaubat."
Begitulah dahsyatnya peristiwa di Padang mahsyar. Dalam begitu ramai manusia terdapat sedikit sahaja golongan yang beroleh nikmat. Selainnya semuanya mendapat kecelakaan.
Semoga kita semua dapat sediakan bekalan dan bentengkanlah diri kita dengan berusaha dan mohon pertolongan Allah. Kita manusia yang lemah sentiasa mengharapkan pertolongan Allah 'Azza Wajjalla.