Dalam satu persidangan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang telah diadakan di Pulau Pinang pada tahun 2008, dianggarkan sebanyak 90,000 kes pengguguran janin dilakukan setiap tahun di Malaysia (sebanyak 246 kes pengguguran janin sehari).
Jumlah ini mungkin lebih rendah daripada statistik sebenar kerana sukar bagi kita untuk menganggarkan jumlah keseluruhan kes.
Kebanyakan kes pengguguran janin ini dilakukan disebabkan oleh kehamilan yang tidak dirancang terutamanya di kalangan pasangan yang tidak berkahwin. Lebih 55 % daripada wanita dan remaja yang menjalani pengguguran janin ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Majoriti di kalangan mereka yang menjalani pengguguran janin ini ingin mengelakkan malu daripada hubungan luar nikah (tidak berkahwin). Bahkan ada isteri yang menjalaninya kerana tidak mahu kandungan tersebut dengan lelaki lain itu diketahui oleh suaminya yang tinggal berjauhan.
Di manakah letaknya rasa berdosa dan takut hukuman Tuhan ?
1-Dosa berzina
2-Dosa membunuh janin yang masih hidup
3-Kesan buruk daripada hubungan haram ini
Sesungguhnya zina kini telah menjadi budaya masyarakat, dosa pula diambil ringan, syurga neraka tidak lagi dalam ingatan.
Marilah kita bekerjasama untuk mengembalikan kedaulatan Islam di dalam kehidupan kita, keluarga, masyarakat dan hidup bernegara.
Dr Zainur Rashid Zainuddin