Imam al Nawawi juga ada membawa hadis daripada Anas mengenai pengharaman mengumpat. Hadis itu menceritakan kisah nabi dimikrajkan kemudia diperlihatkan kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga mencakar-cakar kulit muka dan dada mereka. Apabila ditanya kepada Jibrail, siapa mereka. Jibrail menjawab: ”Mereka ialah golongan yang memakan daging manusia yang terjerumus dalam dosa mencorobohi maruah mereka” (Riwayat Abu Daud).
Ingatlah hadis apabila ‘Ugbah bin Amir bertanyakan nabi tentang kejayaan sebenar. Nabi menjawab: “ Engkau jagalah lidahmu, menangislah kerana dosamu kerana sesungguhnya manusai yang jauh daripada Allah ialah orang yang mempunyai hati yang keras”
Marilah kita muhasabah diri. Janganlah kita bodoh macam keldai yang mana tidak tahu apa yang dipikul dibelakang. Kita diberi ilmu dan pengetahuan tetapi tidak tahu hokum hakamnya. Seperti ayat 179 dalam surah al – A’raf :” dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (ukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengarnya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binantang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”