728x90 AdSpace

Latest News

Kembara Amal

22 Januari 2012 - Seramai 5 orang OC Mukabuku Golf yang diketuai oleh Tuan Haji Osaha Suhaili telah melakukan Lawatan Amal sambil bersantai ke Kampung Biawak. Dengan izin Allah perjalanan kami sangat licin walaupun hujan renyai di Pekan Lundu. Kamu ucapkan terima kasih kepada Saudara Dahrawi Muhamad yang bersama kami dengan Pajero beliau dan Saudara Muas yang datang bersama Kamera Canonnya.

Pekan Biawak terletak di sempadan Malaysia-Indonesia dan boleh dikatakan hanya dikenali oleh anggota pasukan keselamatan yang pernah menjalankan operasi di sempadan, kerana di sinilah tumpuan utama pemantauan keselamatan sejak zaman penjajahan Jepun, darurat dan ancaman subversif.

Selain aspek keselamatan, Biawak, tidak memiliki daya tarikan khusus untuk menggamit kehadiran pengunjung dan pekan kecil yang wujud sejak puluhan tahun lalu itu ibarat pekan mati dan ada yang melabelkannya sebagai pekan koboi.

Hanya tujuh kedai runcit dan kedai kopi di pekan kecil itu dan biasanya semua kedai itu dikatakan ditutup seawal jam empat petang.

Namun selepas pembukaan CIQ yang dijangka pada September lalu, Biawak dijangka akan turut mengalami perubahan, bukan saja rupa bentuk fizikal pekannya, malah namanya yang unik itu pasti akan lebih dikenali.

Jalan raya sepanjang 17.8 kilometer dari simpang jalan utama Lundu-Sematan ke pekan Biawak yang selama ini tidak berturap juga akan lebih sempurna tidak lama lagi kerana kami mendapati, kerja-kerja sedang giat dijalankan untuk menaiktaraf jalan itu, sesuai dengan tarafnya yang akan menjadi laluan antarabangsa.

Lebih 5,000 penduduk dari sepuluh kampung di sepanjang jalan berkenaan iaitu Kampung Biawak, Kampung Pasir Hulu, Kampung Jantan, Kampung Jangkar, Kampung Tanjam, Kampung Opek, Kampung Sedaing, Kampung Kendaie, Kampung Pasir Hilir dan Kampung Rukam, juga akan turut mendapat manfaat daripada projek pembinaan jalan raya itu.

Kronologi perjalanan kami adalah seperti berikut:

07.15 pagi - Bertolak dari Kuching
08.30 pagi - Singgah sarapan pagi di Haji Sulong Corner Lundu.
09.35 pagi - Bertolak ke Kampung Biawak
10.15 pagi - Tiba di Kampung Biawak.
11.18 pagi - Bertolak ke CIQ Biawak
11.46 pagi - Meninggalkan pekan Biawak
12.24 petang - Tiba dipersimpangan Lundu-Sematan
12.30 petang - Tiba di Lundu untuk Makan Tengahari
01.34 petang - Beredar dari Pekan Lundu
02.23 petang - Tiba di pengkalan Feri Rambungan dan berada di atas feri selama 15 minit
03.05 petang - Tiba di Heritage Garden.

Buah durian dibawa terus dari hutan berhampiran

Hanya tujuh kedai runcit dan kedai kopi di pekan kecil itu dan biasanya semua kedai itu dikatakan ditutup seawal jam empat petang.
Kem Pasukan Keselamatan

11.30 am - Makan durian dan berkenal dengan orang tempatan
Kiri: Muas (Jurukamera), Haji Osaha (Ketua), Zainal (Jurutera), Dahrawi (Logistok) dan Hj Omarali (Lapuran)
Pekan Biawak akan menjadi satu lagi pintu keluar masuk utama negeri ini dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, apabila Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang kini sudah siap pembinaannya akan dibuka secara rasmi tidak lama lagi.

Kompleks yang dibina dengan kos kira-kira RM15 juta itu akan menjadi satu lagi laluan keluar masuk dari wilayah negara jiran itu, selain Tebedu di Serian.

Malah, Biawak dijangka menjadi laluan utama untuk ke Sambas dan Pontianak, kerana jaraknya dikatakan lebih dekat berbanding melalui Tebedu. Pembukaan CIQ Biawak yang dibina sejak 2008 dilihat bukan saja akan menambah laluan keluar masuk ke negeri ini dan menyingkatkan waktu perjalanan ke bandar utama di negara jiran itu, malah akan turut memberi manfaat kepada penduduk Biawak, yang selama ini menganggap mereka dipinggirkan.

Oleh: Omarali
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Kembara Amal Rating: 5 Reviewed By: OM