Pada 22 Januari 2012 kami telah melakukan Kembara Amal ke sebuah Kampung yang mempunyai penduduk Melayu Islan serta Saudara Baru. Sehingga sekarang kira-kira 20 buah keluarga Muslim masih belum mempunyai tempat beribadah yang dipanggil Masjid atau Surau.
Lawatan kami mendapati penduduk Muslim telah berusaha untuk membangunkan sebuah surau tetapi terbangkalai disebabkan oleh himpitan kemiskinan. Komiti Mukabuka sedang berusaha melakukan yang terbaik dan diharap semua aktiviti kearah ini akan mendapat sokongan dari kawan-kawan sekalian.
Setelah selesai menguruskan status tapak tanah yang akan dibangunkan sebuah Surau/Masjid sebesar 40x30 kaki persegi kita akan melakukan strategi-strategi mengutip dana seperti berikut:
Penduduk Muslim sudah berusaha untuk membeli material tetapi tidak berupaya untuk meneruskan

- Bersemuka dengan penderma-penderma individu yang berkebolehan tinggi
- Berrunding dengan syarikat- syarikat yang berpotensi akan menderma
- Membuat pertandingan Golf Amal
- Berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan