
Tidak seperti kebanyakan matawang negara negara lain, USD selama ini adalah matawang kebergantungan dan yang paling penting, berkitar di dalam ekonomi setiap negara di dunia. Bila sesebuah negara berurus dagang dengan negara lain, mereka akan mengunakan Dollar Amerika kerana setiap negara memilikinya di dalam simpanan mereka. Dan di sebabkan faktor tersebut, matawang Amerika masih kekal stabil nilainya sehingga ke hari ini.
Tetapi segalanya akan berubah tidak lama lagi..
Apabila China dan Russia menandatangani perjanjian untuk tidak lagi mengunakan matawang Amerika di dalam urusan perdagangan antara kedua negara. Mulai sekarang, kedua kuasa ekonomi dunia tersebut akan mengunakan hanya matawang Yuan dan Rubble di dalam segala urusan import dan eksport diantara kedua negara.
Apa kesannya kepada ekonomi Amerika apabila China dan Russia mula bertindak menjual ratusan billion matawang Dollar Amerika di dalam simpanan mereka?
Jawapan nya. Kemusnahan ekonomi Amerika.
Nilai matawang Amerika selama ini tidak bersandarkan nilai emas di dalam simpanan mereka. Tetapi lebih kepada keyakinan masyarakat dunia yang melihat Amerika sebagai sesatunya kuasa ketenteraan dunia yang tiada saingnya selepas kejatuhan Empayar Soviet. Juga kebergantungan masyarakat dunia kepada matawang tersebut sebagai matawang perdagangan dunia.
Tindakan China dan Russia melambakan ratusan billion Dollar Amerika di dalam simpanan mereka akan menyebabkan matawang tersebut merosot nilainya. Dan ianya akan bertambah teruk apabila negara negara lain juga akan turut mengambil langkah yang sama bagi mengelakan kerugian akibat kejatuhan nilai matawang tersebut di dalam simpanan mereka.
Malah China sudah mula mengambil langkah untuk menjadikan Yuan sebagai matawang rezab negara negara dunia bagi mengantikan Dollar Amerika, dengan membeli sebanyak mungkin emas bagi memperkukuhkan matawang Yuan.
Dan serangan berterusan akibat lambakan matawang dollar Amerika akan menyebabkan bertrillion matawang tersebut kembali ke kitaran ekonomi Amerika. Apabila jumlah wang melebihi jumlah barangan atau perkhidmatan maka akan berlaku lah kenaikan harga atau inflasi, malah hiper inflasi. Jika sekarang ini Amerika membayar faedah USD 415 billion setahun bagi hutang mereka, jumlah tersebut akan bertambah sekali ganda apabila kadar faedah meningkat mendadak akibat tekanan inflasi.
Jadi tidak mustahil suatu hari nanti rakyat Amerika memerlukan satu kereta sorong dollar Amerika hanya untuk membeli satu troli barangan dapur.
Tidak banyak jalan keluar bagi Amerika untuk mengelak kan senario di atas. Sekuat mana pun kuasa ketenteraan Amerika, mereka tidak boleh memaksa negara negara dunia untuk terus kekal menjadikan Dollar Amerika sebagai rezab asing mereka.
Tetapi apa yang Amerika boleh lakukan ialah mengunakan kuasa dan pengaruh ketenteraan mereka untuk mengawal sesatu nya laluan perdagangan laut yang terpenting di dunia iaitu SELAT MELAKA. Laluan pintas laut yang di gunakan oleh kebanyakan negara negara di dunia untuk berdagang dengan negara China.
Mereka akan memaksa negara negara yang mempunyai hak ketas selat tersebut seperti Malaysia dan Indonesia untuk menyerahkan hak ke atas selat tersebut kepada kawalan Amerika sebagaimana mereka mengawal Terusan Panama dan Suez. Ini sudah pasti akan di lakukan dengan bantuan sekutu mereka di rantau ini iaitu Singapura. Mungkin segala yang pelik pelik berlaku di dalam politik Malaysia hari ini telah di rancang oleh CIA dan di laksanakan oleh Singapura dengan bantuan LGE dan sesatunya melayu anak emas Amerika dan Yahudi di Malaysia, AI..?
Dan adakah kejadian yang menimpa MH370 dan MH17 adalah sebahagian dari perancangan tersebut? Apakah kehilangan MH370 dan tragedi MH17 adalah usaha untuk merosak kan hubungan baik antara Malaysia dengan China dan Russia ? Untuk mengugut Malaysia supaya tunduk kepada Amerika? Apa maksud sebenar Anwar bila dia kata dia mampu menyelesaikan teka teki kehilangan MH370 dalam masa beberapa saat?
Begitu juga dengan serangan pengganas sulu di lahad datu. Apakah peranan Filipina, satu lagi sekutu Amerika di rantau ini di dalam serangan tersebut? Benar kah seperti yang di dakwa, tentang beberapa tokoh pembangkang di Malaysia di lihat berada di Filipina beberapa bulan sebelum kejadian tersebut?
Dan bagaimana agaknya Jokowi menang mudah dalam pilihanraya presiden Indonesia? Apa kata Probowo tentang Jokowi dan cara pemilihan kali ini yang meragukan?